Produk Frankfurter Ayam Jenama Rahmat Masih Berstatus Halal

Announcement, News
429

Menurut Bahagian Hab Halal JAKIM:

Pihak JAKIM kembali menerima banyak pertanyaan awam berkenaan status halal produk frankfurter ayam jenama Rahmat yang didakwa tidak halal.

Untuk makluman, penjelasan berkenaan isu ini pernah dikeluarkan oleh pihak kami pada bulan Disember 2019 yang lalu namun kini ia kembali menular.

Perlu diketahui produk tersebut merupakan pemegang sijil pengesahan halal Malaysia yang masih sah. Justeru, masyarakat pengguna diseru agar menyemak terlebih dahulu kesahihan sesuatu informasi sebelum menyebarkannya kepada pihak lain.

SUMBER:

Facebook Rasmi Bahagian Hab Halal JAKIM

Facebook Rasmi Bahagian Hab Halal JAKIM (Kenyataann tahun 2019)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI


https://sebenarnya.my/produk-frankfurter-ayam-jenama-rahmat-masih-berstatus-halal/

You might also like