Tiada Kemasukan Besar-besaran Rakyat Malaysia Dari Singapura

Announcement, News
42

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan berlaku kemasukan besar-besaran rakyat Malaysia dari Singapura.

Jelasnya, purata kemasukan rakyat Malaysia dari republik itu hanya kira-kira 400 orang sahaja setiap hari sejak empat hari lalu.

Katanya, bagaimanapun kerajaan sentiasa bersiap sedia dengan kemungkinan kemasukan besar-besaran.

Dalam pada itu, beliau berkata, individu yang kembali ke negara ini melalui pintu masuk di Johor diwajibkan menjalani kuarantin di pusat kuarantin seperti diumumkan sebelum ini.

SUMBER:

Facebook Rasmi Kementerian Pertahanan Malaysia

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI


https://sebenarnya.my/tiada-kemasukan-besar-besaran-rakyat-malaysia-dari-singapura/

You might also like