Gundala: Superhero Dari Bumilangit Cinematic Universe
Barat ada Marvel Cinematic Universe (MCU), DC Extended Universe (DCEU). Indonesia pula ada Bumilangit Cinematic Universe (BCU). Dalam BCU pula ada pelbagai karakter superhero, dan salah satu superhero itu ialah Gundala. Jalan ceritanya berasaskan komik yang dicipta oleh Harya ‘Hasmi’ Suraminata. Watak Gundala dibawakan oleh pesilat dan pelakon, Abimana Aryasatya. Tidak lupa juga, dalam filem ini ada Bront Palarae memegang watak sebagai Pengkor, dan Cecep Arif Rahman sebagai Swara Batin…