tiada pengumuman daripada yab perdana menteri berkenaan pelaksanaan pkp di sabah

Tiada Pengumuman Daripada YAB Perdana Menteri Berkenaan Pelaksanaan PKP Di Sabah

Announcement, News
5
SEBENARNYA: Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN): Tiada pengumuman seumpama ini dikeluarkan oleh YAB Perdana Menteri dan Majlis Keselamatan Negara. SUMBER: Saluran Telegram Rasmi MKN MAINKAN PERANAN ANDA!Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,Salurkan Kepada KamiTIDAK PASTI JANGAN KONGSI Artikel SebelumRakaman Video Harimau Yang Didakwa Dirakam Di Selangor Adalah Di India https://sebenarnya.my/tiada-pengumuman-daripada-yab-perdana-menteri-berkenaan-pelaksanaan-pkp-di-sabah/
dakwaan mesej kononnya terdapat warga atm dijangkiti covid 19 sewaktu proses pengundian awal sempena prn sabah adalah tidak benar

Dakwaan Mesej Kononnya Terdapat Warga ATM Dijangkiti COVID-19 Sewaktu Proses Pengundian Awal Sempena PRN Sabah Adalah Tidak Benar

Announcement, News
4
SEBENARNYA: Menurut kenyataan media Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM): Adalah dimaklumkan bahawa ATM menafi mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengatakan terdapat jangkitan COVID-19 dikalangan warga ATM setelah mencelup jari dengan dakwat sewaktu proses mengundi awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 22 September 2020. Maklumat yang tular di media sosial adalah tidak benar dan boleh menimbulkan kekeliruan, kebimbangan masyarakat serta mengganggu proses PRN Sabah. SUMBER: Facebook Rasmi Markas ATM Instagram…
kdn tidak pernah mengeluarkan sebarang perakuan pelantikan mana mana syarikat bagi menguruskan pekerja asing

KDN Tidak Pernah Mengeluarkan Sebarang Perakuan Pelantikan Mana-Mana Syarikat Bagi Menguruskan Pekerja Asing

Announcement, News
2
SEBENARNYA: Menurut kenyataan media Kementerian Dalam Negeri (KDN): KDN telah mengesan penyebaran perakuan palsu mengenai pelantikan syarikat pengurusan pekerja asing di seluruh Malaysia menggunakan nama Ketua Setiausaha KDN. Ingin ditegaskan bahawa maklumat ini adalah palsu. Untuk makluman, KDN tidak pernah mengeluarkan sebarang perakuan pelantikan mana-mana syarikat bagi menguruskan pekerja asing. Orang ramai diingatkan supaya tidak membuat sebarang bentuk pembayaran kepada mana-mana pihak yang mendakwa menguruskan pendaftaran atau program melibatkan warga…
maklumat tular kononnya pegawai polis dibunuh adalah tidak benar

Maklumat Tular Kononnya Pegawai Polis Dibunuh Adalah Tidak Benar

Announcement, News
2
SEBENARNYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan satu video pembunuhan kejam membabitkan seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang tular di media sosial. Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Tuan Mior Faridalathrash Wahid berkata, hasil semakan mendapati kejadian itu sebenarnya berlaku di Brazil. Katanya, pegawai yang dikaitkan dalam klip video itu sudah membuat laporan polis di Shah Alam dan polis mengklasifikasikan kes…
sprm tidak pernah keluarkan kenyataan media berkenaan siasatan pemberian wang sogokan prk n58 dun slim

SPRM Tidak Pernah Keluarkan Kenyataan Media Berkenaan Siasatan Pemberian Wang Sogokan PRK N58 Dun Slim

Announcement, News
23
SEBENARNYA: Menurut kenyataan media Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM): SPRM menafikan telah mengeluarkan kenyataan media bertajuk “SPRM siasat pemberian wang sogokan PRK N58 DUN Slim” berkaitan siasatan video tular pemberian wang sogokan. Namun begitu, SPRM memohon semua pihak yang mempunyai maklumat berkaitan rasuah atau apa-apa salah laku di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim menyalurkan maklumat tersebut kepada SPRM atau Polis Diraja Malaysia (PDRM). SUMBER: Facebook Rasmi…
surat pengurniaan darjah kebesaran negeri perak kononnya dikeluarkan oleh pejabat suk perak adalah palsu

Surat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Perak Kononnya Dikeluarkan Oleh Pejabat SUK Perak Adalah Palsu

Announcement, News
14
SEBENARNYA: Menurut kenyataan media Setiausaha Kerajaan Negeri Perak: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak menegaskan bahawa surat yang sedang tular berkenaan ‘Pengurniaan Darjah Kebesaran Dan Pingat Negeri Perak Darul Ridzuan Sempena Hari Keputeraan Yang Ke-63 Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan’ merupakan surat palsu dan pentadbiran ini menafikan sepenuhnya kandungan surat tersebut. Surat palsu tersebut yang kononnya dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan…
kenyataan kononnya daripada pegawai perubatan hkl berkenaan polisi dan gerak kerja kkm dalam menangani pandemik covid 19 adalah palsu

Kenyataan Kononnya Daripada Pegawai Perubatan HKL Berkenaan Polisi Dan Gerak Kerja KKM Dalam Menangani Pandemik COVID-19 Adalah Palsu

Announcement, News
99
SEBENARNYA: Menurut kenyataan media Hospital Kuala Lumpur (HKL): Hospital Kuala Lumpur (HKL) ingin merujuk kepada satu berita tular yang telah disebarkan melalui aplikasi WhatsApp berkenaan dakwaan seorang Pegawai Perubatan bernama Dr. Chong Yit Khang yang didapati mengeluarkan kenyataan yang menyentuh polisi dan isu gerak kerja Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menangani pandemik COVID-19. Untuk makluman, HKL ingin menafikan sepenuhnya kenyataan tersebut. Pegawai Perubatan tersebut telah dikenalpasti dan diminta untuk memberikan maklum…
senarai kawasan zon merah di kedah adalah palsu

Senarai Kawasan Zon Merah Di Kedah Adalah Palsu

Announcement, News
105
SEBENARNYA: Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kedah: MKN Negeri Kedah menafikan kesahihan berita tersebut dan berita itu adalah palsu. SUMBER: Facebook Rasmi MKN Negeri Kedah MAINKAN PERANAN ANDA! Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara, Salurkan Kepada Kami TIDAK PASTI JANGAN KONGSI Artikel SebelumOrang Ramai Yang Pernah Melawati Kawasan Di Sekitar Ayer Molek dan Ayer Keroh Seperti Di Borang Kaji Selidik Perlu…
orang ramai yang pernah melawati kawasan di sekitar ayer molek dan ayer keroh seperti di borang kaji selidik perlu menjalani saringan covid 19 adalah tidak benar

Orang Ramai Yang Pernah Melawati Kawasan Di Sekitar Ayer Molek dan Ayer Keroh Seperti Di Borang Kaji Selidik Perlu Menjalani Saringan COVID-19 Adalah Tidak Benar

Announcement, News
78
SEBENARNYA: Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Melaka: Jabatan Kesihatan Negeri Melaka ingin merujuk kepada pesanan ringkas yang telah disebarkan melalui aplikasi WhatsApp berkenaan tangkapan skrin (“screenshot“) yang memaparkan soal selidik tempat-tempat dilawati dalam tempoh 7 hari di sekitar Ayer Molek dan Ayer Keroh yang telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat terhadap jangkitan penyakit COVID-19. Pesanan ini telah disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Jabatan ini ingin menjelaskan bahawa kandungan dalam pesanan…
arahan menggesa supaya ibu bapa dan pelajar yang beraya di daerah kubang pasu jalani ujian saringan covid 19 adalah palsu

Arahan Menggesa Supaya Ibu Bapa Dan Pelajar Yang Beraya Di Daerah Kubang Pasu Jalani Ujian Saringan COVID-19 Adalah Palsu

Announcement, News
37
SEBENARNYA: Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM): KKM ingin merujuk kepada berita palsu yang tular melalui media sosial mengenai arahan bagi ibubapa dan pelajar yang telah bercuti di daerah Kubang Pasu, Kedah untuk menjalani saringan COVID-19 di Klinik Kesihatan yang berdekatan. Ingin dimaklumkan bahawa pihak KKM tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan rasmi sepertimana yang tular. Seperti yang diumumkan oleh KKM, individu yang perlu menjalani saringan COVID-19 adalah: Mereka yang mempunyai sejarah…
skim mydeposit telah ditutup mulai tahun 2018

Skim MyDeposit Telah Ditutup Mulai Tahun 2018

Announcement, News
8
SEBENARNYA: Menurut Pernyataan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT): Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perumahan Negara ingin membuat pernyataan bahawa permohonan bagi Skim MyDeposit telah ditutup mulai tahun 2018. Penularan berita mengenai pembukaan atau pendaftaran Skim MyDeposit dalam media sosial atau apa-apa saluran lain adalah tidak benar. Orang ramai digalakkan untuk merujuk laman sesawang https://teduh.kpkt.gov.my/project bagi mendapatkan maklumat tepat yang terkini mengenai skim-skim perumahan KPKT. SUMBER: Facebook…
dakwaan penggunaan termometer inframerah tanpa sentuh boleh menyebabkan kecederaan kepada otak adalah tidak benar

Dakwaan Penggunaan Termometer Inframerah Tanpa Sentuh Boleh Menyebabkan Kecederaan Kepada Otak Adalah Tidak Benar

Announcement, News
61
SEBENARNYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius isu yang tular di laman sosial berkaitan keselamatan penggunaan termometer inframerah tanpa sentuh yang dikatakan boleh menyebabkan kecederaan kepada otak dan lebih spesifik kepada kelenjar pineal. Semasa pandemik COVID-19, termometer inframerah tanpa sentuh dan pengimbas haba telah digunakan secara meluas dan penting sebagai satu kaedah saringan dalam pengawalan wabak COVID-19. Termometer inframerah tanpa sentuh bukanlah alat penembak dan tidak memancarkan radiasi. Ia direkabentuk…
Menu