Waspada Pihak Ketiga Yang Mengenakan Bayaran Pendahuluan Kepada Calon-Calon Jawatan PSH Banci 2020
356
Menurut Banci Penduduk & Perumahan Malaysia 2020, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM): Pihak DOSM tidak pernah melantik mana-mana syarikat atau individu untuk mengutip/mengenakan bayaran pendahuluan/deposit kepada calon-calon bagi jawatan Pegawai Sambilan Harian (PSH) termasuk Penyelia/Pembanci. Pegawai yang telah berjaya dalam temuduga akan dihubungi melalui emel atau panggilan telefon untuk hadir lapor diri di lokasi mengikut surat tawaran yang dikeluarkan. DOSM mengingatkan agar semua calon yang memohon jawatan PSH Banci 2020 berhati-hati…