Waspada Pembelian Perabot Di Platform Facebook

Announcement, News
80

Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai agar berhati-hati ketika membeli barangan perabot di Facebook.

Scammer online kini giat mengiklankan barangan perabot dan perkakasan elektrik untuk menipu mangsa.

  • Apabila scammer telah memperoleh wang deposit, scammer akan tutup akaun Facebook tersebut.
  • Apabila mangsa menulis komen/review negatif, komen itu akan dihapuskan segera dan akaun Facebook mangsa disekat (blocked) oleh scammer.
  • Scammer menggunakan akaun bank rakyat tempatan (mule account) untuk terima bayaran.
  • Scammer menggunakan aplikasi luar negara seperti Facebook, dan Whatsapp untuk memperdaya mangsa.

Scammer menggunakan kemudahan Facebook untuk cipta akaun palsu jual beli barang dari masa ke masa. Maka, berhati-hatilah, semak dengan teliti maklumat syarikat, kedai, akaun bank syarikat (bukan akaun peribadi). Belilah barangan di laman web yang sah mengelakkan risiko anda ditipu.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI


https://sebenarnya.my/waspada-pembelian-perabot-di-facebook/

You might also like