Waspada Pihak Ketiga Yang Mengenakan Bayaran Pendahuluan Kepada Calon-Calon Jawatan PSH Banci 2020

Announcement, News
14

Menurut Banci Penduduk & Perumahan Malaysia 2020, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM):

Pihak DOSM tidak pernah melantik mana-mana syarikat atau individu untuk mengutip/mengenakan bayaran pendahuluan/deposit kepada calon-calon bagi jawatan Pegawai Sambilan Harian (PSH) termasuk Penyelia/Pembanci.

Pegawai yang telah berjaya dalam temuduga akan dihubungi melalui emel atau panggilan telefon untuk hadir lapor diri di lokasi mengikut surat tawaran yang dikeluarkan.

DOSM mengingatkan agar semua calon yang memohon jawatan PSH Banci 2020 berhati-hati semasa berurusan mengenai Banci 2020 dan menyemak lanjut dengan mana-mana pejabat DOSM Negeri untuk sebarang kemusykilan.

SUMBER:

Facebook Rasmi Banci Penduduk & Perumahan Malaysia 2020 (MyCencus2020)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI


https://sebenarnya.my/waspada-pihak-ketiga-yang-mengenakan-bayaran-pendahuluan-kepada-calon-calon-jawatan-psh-banci-2020/

You might also like

Menu