10 Tanda Peranti Android Anda Dijangkiti Malware
Malware tidak biasa datang berlenggang. Ia pasti menyelit di sebalik aplikasi sah, atau pelbagai medium lain yang memudahkan ia menyusup masuk ke peranti tanpa dapat dikesan. Kita ambil contoh kes trojan Android/Trojan.FakeAdsBlock, yang menjangkiti lebih dari 500 peranti. Bagaimana ia dapat menyelinap tanpa disedari pengguna? Mudah. Ia menyamar sebagai aplikasi lain. Dalam hal ini, ia menyamar sebagai aplikasi bernama Ads Blocker. Seperti namanya, ia mengiklankan diri sendiri sebagai aplikasi berguna…