penjelasan isu status halal produk bijirin keluaran bee cheng hiang

Penjelasan Isu Status Halal Produk Bijirin Keluaran Bee Cheng Hiang

Announcement, News
272
Menurut Bahagian Hab Halal JAKIM: Untuk makluman, produk bijirin Ez Mini Crunchies Crispy Pork Floss keluaran syarikat Bee Cheng Hiang bukan pemegang dan tidak layak untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia kerana menggunakan bahan ramuan yang tidak halal dari sumber babi (pork). Justeru, pengguna dinasihatkan agar meneliti terlebih dahulu label bungkusan produk makanan yang berada di pasaran sebelum membeli atau menggunakannya. Elakkan keraguan dengan mengutamakan produk atau premis makanan yang…
waspada skim pelaburan dan perniagaan menyalahgunakan nama logo pidm

Waspada Skim Pelaburan Dan Perniagaan Menyalahgunakan Nama & Logo PIDM

Announcement, News
435
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) meminta orang awam berwaspada dengan bahan pemasaran palsu menyalahgunakan nama dan logo PIDM bagi mempromosikan skim pelaburan atau perniagaan. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rafiz Azuan Abdullah berkata, PIDM menerima beberapa pertanyaan daripada konsumer kewangan mengenai bahan pemasaran berkaitan pelaburan, skim dan produk atau kewangan yang memaparkan nama dan logo perbadanan itu. Menurutnya, ramai diminta membuat pembayaran mengaktifkan perlindungan PIDM bagi menerima dana daripada pihak ketiga, biasanya…
skim mydeposit telah ditutup mulai tahun 2018

Skim MyDeposit Telah Ditutup Mulai Tahun 2018

Announcement, News
76
SEBENARNYA: Menurut Pernyataan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT): Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perumahan Negara ingin membuat pernyataan bahawa permohonan bagi Skim MyDeposit telah ditutup mulai tahun 2018. Penularan berita mengenai pembukaan atau pendaftaran Skim MyDeposit dalam media sosial atau apa-apa saluran lain adalah tidak benar. Orang ramai digalakkan untuk merujuk laman sesawang https://teduh.kpkt.gov.my/project bagi mendapatkan maklumat tepat yang terkini mengenai skim-skim perumahan KPKT. SUMBER: Facebook…
waspada email palsu dari kwsp yang bertujuan untuk mencuri maklumat peribadi

Waspada Email Palsu Dari KWSP Yang Bertujuan Untuk Mencuri Maklumat Peribadi

Announcement, News
362
Menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP): Terdapat pihak yang menyamar dan menyalahgunakan alamat rasmi bangunan KWSP. Emel ini adalah salah satu modus operandi phishing di mana pautan yang dibekalkan hanya akan membawa kepada laman web palsu yang bertujuan menipu dan mencuri data peribadi ahli. Jangan klik atau mengunci masuk sebarang maklumat untuk mengelakkan data peribadi anda diperguna oleh pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab. SUMBER: Facebook Rasmi KWSPTwitter Rasmi KWSP MAINKAN…
produk frankfurter ayam jenama rahmat masih berstatus halal

Produk Frankfurter Ayam Jenama Rahmat Masih Berstatus Halal

Announcement, News
431
Menurut Bahagian Hab Halal JAKIM: Pihak JAKIM kembali menerima banyak pertanyaan awam berkenaan status halal produk frankfurter ayam jenama Rahmat yang didakwa tidak halal. Untuk makluman, penjelasan berkenaan isu ini pernah dikeluarkan oleh pihak kami pada bulan Disember 2019 yang lalu namun kini ia kembali menular. Perlu diketahui produk tersebut merupakan pemegang sijil pengesahan halal Malaysia yang masih sah. Justeru, masyarakat pengguna diseru agar menyemak terlebih dahulu kesahihan sesuatu informasi…
waspada dari mendedahkan maklumat bank di media sosial untuk terima duit raya dalam talian online

Waspada Dari Mendedahkan Maklumat Bank Di Media Sosial Untuk Terima Duit Raya Dalam Talian (Online)

Announcement, News
52
Menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM): Amalan memberi atau menerima duit raya secara dalam talian merupakan perkara baharu yang dilakukan oleh masyarakat di negara ini, selepas tahap kesedaran berkenaan jangkitan COVID-19 semakin meningkat. Perkara itu amat digalakkan. Namun, kecuaian memaparkan nama dan nombor akaun bank di media sosial boleh mengundang masalah di kemudian hari. Tahukah, hanya dengan maklumat yang dipaparkan itu boleh digunakan oleh sindiket penipuan untuk memperdayakan anda? Anda…
tiada perubahan dasar penetapan harga jualan runcit petrol dan diesel

Tiada Perubahan Dasar Penetapan Harga Jualan Runcit Petrol Dan Diesel

Announcement, News
191
Menurut kenyataan media Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP): KPDNHEP memandang serius laporan media berhubung pembatalan warta di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Runcit Maksimum bagi Petrol dan Diesel) di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. KPDNHEP ingin menegaskan bahawa tiada perubahan dari segi dasar penetapan harga jualan runcit petrol dan diesel, seperti yang dilaporkan. Penetapan harga runcit petrol dan diesel adalah melalui…
pendaftaran pengundi 18 tahun belum dilaksanakan

Pendaftaran Pengundi 18 Tahun Belum Dilaksanakan

Announcement, News
206
Merujuk kepada maklumat yang tular di media sosial yang mengajak rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas untuk mendaftar sebagai pengundi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ingin menegaskan bahawa pendaftaran pengundi 18 tahun belum dilaksanakan. Pendaftaran pengundi 18 tahun akan dilaksanakan serentak dengan pendaftaran pemilih secara automatik setelah segala persiapan SPR diselesaikan termasuklah penyediaan pindaan kepada Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan undang-undang lain yang berkaitan, penyediaan standard operating…
produk brown sugar bubble tea ball tidak memiliki pengesahan halal dari jakim jain dan mengandungi sumber bahan ramuan yang tidak halal

Produk Brown Sugar Bubble Tea Ball Tidak Memiliki Pengesahan Halal Dari JAKIM/JAIN Dan Mengandungi Sumber Bahan Ramuan Yang Tidak Halal

Announcement, News
240
Menurut Bahagian Hab Halal JAKIM: Berdasarkan semakan pihak kami, produk tersebut tidak memiliki pengesahan halal dari JAKIM/JAIN atau mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM. Lebih jelas lagi, produk bubble tea keluaran negara Taiwan yang diimport oleh syarikat Meng Chong Foodstuffs Pte Ltd yang berpengkalan di Singapura tersebut mengandungi sumber bahan ramuan yang tidak halal iaitu gelatin babi. Justeru, para pengguna khususnya pengguna Islam dinasihatkan agar lebih…
dakwaan video yang memaparkan kesesakan pelanggan di pasar borong batu berendam melaka pada 2 mei 2020 adalah rakaman semasa peringkat awal pkp

Dakwaan Video Yang Memaparkan Kesesakan Pelanggan Di Pasar Borong Batu Berendam, Melaka Pada 2 Mei 2020 Adalah Rakaman Semasa Peringkat Awal PKP

Announcement, News
62
SEBENARNYA: Menurut Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, susulan video yang tular pada 2 Mei 2020 yang melibatkan kesesakan pelanggan di Pasar Borong Batu Berendam, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya menafikan kesesakan itu berlaku 2 Mei 2020. Video yang ditularkan adalah rakaman semasa peringkat awal perintah kawalan pergerakan dilaksanakan. SUMBER: Facebook Rasmi Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya – Bandaraya Pintar Harian Metro MAINKAN PERANAN ANDA!Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak…