Produk Brown Sugar Bubble Tea Ball Tidak Memiliki Pengesahan Halal Dari JAKIM/JAIN Dan Mengandungi Sumber Bahan Ramuan Yang Tidak Halal

Announcement, News
6

Menurut Bahagian Hab Halal JAKIM:

Berdasarkan semakan pihak kami, produk tersebut tidak memiliki pengesahan halal dari JAKIM/JAIN atau mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Lebih jelas lagi, produk bubble tea keluaran negara Taiwan yang diimport oleh syarikat Meng Chong Foodstuffs Pte Ltd yang berpengkalan di Singapura tersebut mengandungi sumber bahan ramuan yang tidak halal iaitu gelatin babi.

Justeru, para pengguna khususnya pengguna Islam dinasihatkan agar lebih berwaspada dengan meneliti terlebih dahulu label bungkusan produk sebelum melakukan belian sebarang produk makanan atau minuman baik di Malaysia atau di luar negara.

SUMBER:

Facebook Rasmi Bahagian Hab Halal JAKIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI


https://sebenarnya.my/produk-brown-sugar-bubble-tea-ball-tidak-memiliki-pengesahan-halal-dari-jakim-jain-dan-mengandungi-sumber-bahan-ramuan-yang-tidak-halal/

You might also like

Menu