tiada penculikan kanak kanak di pantai teluk kemang port dickson

Tiada Penculikan Kanak-Kanak Di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson

Announcement, News
2
Polis menafikan kejadian tular di media sosial kononnya kanak-kanak perempuan dilarikan lelaki di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson, 30 Ogos lalu. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, tiada sebarang laporan diterima berhubung kejadian itu. “Berita di mana seorang kanak-kanak perempuan dilarikan seorang lelaki Melayu sejauh 3.5 km dan ditinggalkan di hujung pantai adalah tidak benar kerana tiada sebarang laporan polis diterima berhubung kejadian itu.” Walau bagaimanapun,…
penjelasan berkenaan mesej kononnya jangkitan covid 19 menular di utc seremban

Penjelasan Berkenaan Mesej Kononnya Jangkitan COVID-19 Menular Di UTC Seremban

Announcement, News
31
Polis menafikan satu maklumat yang ditularkan melalui media sosial, kononnya terdapat penularan jangkitan pandemik COVID-19 di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Seremban. Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata sebaliknya, apa yang berlaku adalah seorang lelaki didapati telah ingkar perintah kuarantin yang sepatutnya dijalani di rumahnya selepas pulang dari luar negara. “Kejadian semalam berlaku kira-kira pukul 3 petang, pihak Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan kompaun kepada lelaki berusia 23 tahun…
tawaran kemasukan peneroka di felda palong adalah palsu

Tawaran Kemasukan Peneroka Di FELDA Palong Adalah Palsu

Announcement, News
6
SEBENARNYA: FELDA menafikan sebarang tawaran dibuat untuk kemasukan peneroka di FELDA Palong seperti satu pesanan WhatsApp yang telah ditularkan. FELDA mengesahkan bahawa pesanan tersebut adalah palsu dan memohon kerjasama semua pihak untuk bertindak secara bertanggungjawab dengan tidak memajukan lagi pesanan palsu tersebut. SUMBER: Facebook Rasmi FELDA Harian Metro MAINKAN PERANAN ANDA!Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,Salurkan Kepada KamiTIDAK PASTI JANGAN KONGSI Artikel…
dakwaan pesakit positif covid 19 telah ke merata tempat sekitar pekan juasseh adalah palsu

Dakwaan Pesakit Positif COVID-19 Telah Ke Merata Tempat Sekitar Pekan Juasseh Adalah Palsu

Announcement, News
13
SEBENARNYA: Maklumat seperti ditularkan dalam aplikasi WhatsApp mengenai wabak koronavirus (COVID-19) yang dikatakan tersebar ke sekitar Juasseh melalui seorang pesakit adalah palsu. Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Kuala Pilah, Mohd Faizal Abdul Manap berkata, sehingga kini tiada pengesahan berhubung dakwaan tersebut oleh Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan. “Maklumat tular mengatakan individu yang dijangkiti COVID-19 telah pergi merata tempat termasuk tanah perkuburan, pasar raya dan beberapa kedai runcit di sekitar Pekan Juasseh…
dakwaan terdapat kes baharu covid 19 di kuala pilah adalah tidak benar

Dakwaan Terdapat Kes Baharu COVID-19 Di Kuala Pilah Adalah Tidak Benar

Announcement, News
34
SEBENARNYA: Video berdurasi enam saat yang kini tular di laman sosial Facebook (FB) dan aplikasi Whatsapp berhubung dakwaan kes terbaru positif Covid-19 di Kuala Pilah adalah tidak benar. Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Kuala Pilah, Mohd Faizal Abdul Manap berkata, pihaknya menafikan dakwaan itu susulan sehingga kini tiada kes terbaharu jangkitan positif Covid-19 di Kuala Pilah. Jelas beliau, “Video yang tular itu mengambarkan sepasukan anggota perubatan memakai peralatan perlindungan diri (PPE)…
gesaan supaya orang ramai tidak makan atau membeli di beberapa premis kerana ayam yang dibekalkan adalah dari kilang memproses ayam di pedas adalah tidak benar

Gesaan Supaya Orang Ramai Tidak Makan Atau Membeli Di Beberapa Premis Kerana Ayam Yang Dibekalkan Adalah Dari Kilang Memproses Ayam Di Pedas Adalah Tidak Benar

Announcement, News
16
SEBENARNYA: Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), berita tersebut adalah palsu dan tidak benar. Dalam perkembangan yang sama berhubung perkara ini, pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Putrajaya berkata, keputusan ujian terhadap kesemua sampel ‘ayam seekor’ daripada kilang pemprosesan ayam di Pedas, Negeri Sembilan adalah negatif virus COVID-19, kata Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV). SUMBER: Facebook Rasmi KKM Facebook Rasmi JPV Harian Metro MAINKAN PERANAN ANDA!Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang…
dakwaan terdapat kes positif covid 19 di pasar awam kuala pilah dan mempunyai kaitan dengan kluster kilang ayam di rembau adalah tidak benar

Dakwaan Terdapat Kes Positif COVID-19 Di Pasar Awam Kuala Pilah Dan Mempunyai Kaitan Dengan Kluster Kilang Ayam Di Rembau Adalah Tidak Benar

Announcement, News
10
SEBENARNYA: Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Kuala Pilah, Mohd Faizal Abdul Manap menerusi satu kenyataan, berkata pihaknya menafikan bahawa kes itu membabitkan Pasar Awam Kuala Pilah atau mempunyai kaitan dengan kluster kilang ayam di Pedas, Rambau. “Bagaimanapun, memang terdapat pertambahan satu kes positif COVID-19 yang telah dinotifikasi ke Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah jam 1.30 tengahari, pada 11 Mei (Isnin) lalu dan ini menjadikan jumlah komulatif positif COVID-19 di daerah ini…
Menu