video individu dipukul kerana enggan tandatangan penyerahan tanah adalah video kejadian tahun 2019

Video Individu Dipukul Kerana Enggan Tandatangan Penyerahan Tanah Adalah Video Kejadian Tahun 2019

Announcement, News
324
Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM Selangor): Pihak Polis Kontinjen Selangor mengesahkan kejadian ini telah berlaku pada 31/01/2019 dan laporan polis berkaitan kejadian ini telah diterima. Pihak Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes ini dan suspek telah dituduh di Mahkamah serta dijatuhkan hukuman. Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan memberi komen-komen negatif yang boleh mencetuskan suasana ketidakharmonian kepada pengguna media sosial…