Facebook Mengakui Mereka Membaca Teks Dan Mengimbas Imej Yang Dihantar Pengguna Messenger

News

Kerisauan pengguna yang menggunakan perkhidmatan atas talian ialah kandungan peribadi mereka dibaca oleh pihak ketiga. Sekiranya anda menggunakan Facebook Messenger, kerisauan anda adalah berasas. Di dalam temubual di dalam podcast The Ezra Klein Show, Mark Zuckerberg mengakui Facebook membaca kandungan text dan imej yang dihantar menggunakan aplikasi pemesejan ini.

Menurut jurucakap Facebook, sistem automatik digunakan untuk mengimbas mesej yang dihantar pengguna bagi memastikan ia tidak melanggar terma dan syarat perkhidmatan. Sebagai contoh imej yang dihantar akan melalui sistem yang memastikan ia bukannya pornografi kanak-kanak. Sekiranya ini dikesan Facebook akan memadam kandungan tersebut dan menghalang pengguna dari menggunakan perkhidmatan mereka.

Facebook walaubagaimanapun menegaskan kesemua maklumat imej dan teks yang diimbas tidak akan digunakan untuk tujuan pengiklanan. Tetapi pengakuan Zuckberg ini pastinya merisaukan mereka yang risau tentang intipan soal peribadi. Sejak skandal Cambridge Analytica tempoh hari, Facebook melakukan banyak perubahan pada tetapan privasi seperti menghalang carian menggunakan emel serta nombor telefon dan mengemaskini antaramuka akses aplikasi pihak ketiga.

https://4finderz.com/whatsapp-memperkenalkan-aplikasi-perniagaan/

sumber: https://amanz.my/2018164042/

Previous Post
Percikan api punca kebakaran Bangunan KWSP
Next Post
Piala Dunia 2018 siaran RTM

Related Posts

Menu