Unifi Basic Mula Ditawarkan Buat Semua Pengguna

Internet

Sejak TM mengumumkan kadar pelan internet terbaru yang lebih rendah dan berbaloi, pelan Unifi Basic antara yang berjaya menarik perhatian ramai. Antara sebabnya adalah pelan ini menawarkan internet dengan kelajuan 30Mbps pada harga RM79 sahaja.

Sebelum ini, pihak TM mengumumkan pelan ini cuma ditawarkan buat mereka dengan pendapatan rumah dibawah RM4,500 sahaja. Walaubagaimanapun, TM pada minggu ini mengumumkan pelan ini kini dibuka buat semua tidak mengira jumlah gaji bermula September 2018.

Pelan Unifi Basic cuma ditawarkan dengan kuota internet sebanyak 60 GB seterusnya pengguna cuma dapat melayari internet dengan kadar kelajuan serendah 128kbps sahaja.

Buat anda yang tidak menggunakan internet dengan jumlah yang banyak dalam sebulan, mungkin ini pelan terbaik buat anda berdasarkan penawaran kelajuannya. Sekiranya tidak, MaxisONE Home Fibre mungkin altenatif terbaik dengan penawaran kelajuan 30Mbps tanpa had kouta pada harga RM89 sebulan.

https://4finderz.com/harga-perkhidmatan-jalur-lebar-dijangka-turun-25-hujung-tahun-ini/

Sumber: https://www.thevocket.com/unifi-basic-mula-ditawarkan-buat-semua-pengguna/

Previous Post
VLAN Tagging
Next Post
How to Become a Web Developer

Related Posts

Menu