Harga perkhidmatan jalur lebar dijangka turun 25% hujung tahun ini

Internet

Kerajaan menjangkakan harga perkhidmatan jalur lebar bakal turun sehingga 25 peratus menjelang hujung tahun ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata penurunan ini berikutan implementasi Mandatory Standard of Access Pricing (MSAP) sejak 8 Jun, 2018 yang membabitkan perbincangan penetapan harga borong.

“Polisi MSAP mengenakan harga siling borong bagi pihak pembekal kemudahan dan perkhidmatan yang digunakan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi dalam pasaran.

“Penurunan harga borong bakal mengurangkan harga pasaran untuk pengguna dan SKMM telah mengkaji polisi MSAP selama setahun pada 2017.

“Semakan harga sepatutnya diperkenalkan pada 1 Januari, 2018 tetapi tidak dilaksanakan disebabkan rayuan daripada Telekom Malaysia (TM) untuk SKMM mengkaji semula beberapa butir komponen harga.

“Selepas pelantikan saya sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru, saya telahpun mengumumkan bahawa Pakatan Harapan (PH) akan mengambil langkah-langkah untuk menurunkan harga jalur lebar serta menambah kelajuan perkhidmatan tersebut,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Jelasnya lagi, kerajaan kini sedang mempertimbangkan isu akses internet sebagai satu hak asasi asas di Malaysia.

“Saya juga telah meminta SKMM untuk memantau harga perkhidmatan jalur lebar di Malaysia supaya harga pakej peringkat permulaan adalah munasabah untuk semua rakyat.

“Ini bertujuan memastikan rakyat dari semua lapisan masyarakat dan pendapatan mempunyai akses kepada Internet dan mendapat faedah serta berpeluang menceburi era digital ini,” jelasnya.

https://4finderz.com/tm-mengumumkan-pelan-jalur-lebar-baharu-unifi-30mbps-bawah-rm100/

Sumber : http://www.astroawani.com/berita-teknologi/harga-perkhidmatan-jalur-lebar-dijangka-turun-25-hujung-tahun-ini-178500

Previous Post
7 Web Design Questions Companies Should Ask Clients
Next Post
TM Mengumumkan Pelan Jalur-Lebar Baharu – Unifi 30Mbps Bawah RM100

Related Posts

Menu