Cara Pasang Kodi 18.1 ‘Leia’ Pada Ubuntu Atau Linux Mint

Internet, Software
364

Hanya beberapa bulan lepas sahaja Kodi telah melepaskan versi 18 kepada umum. Tak pasti jika ada yang masih belum kenal dengan Kodi, tetapi buat yang belum, Kodi adalah satu hub hiburan di mana ia merupakan pemain media semua dalam satu.

Ia boleh strim mana-mana pautan yang menyokong penstriman, dan boleh pula diubah suai paparan serta ditambah addon supaya lebih menepati cita rasa pengguna.

Sekarang versi 18.1 (RC1) yang memberikan pembaikan ralat, bugs, dan penambahbaikan prestasi. Buat yang menggunakan Windows, anda boleh terus muat turun fail pemasang dan pasangkan ia pada sistem operasi. Untuk pengguna Ubuntu/Linux Mint, anda boleh gunakan perintah berikut dan salin tampal ia ke dalam Terminal:

Baris Perintah Untuk Pemasangan:
sudo apt install software-properties-common
sudo add-apt-repository ppa:team-xbmc/ppa
sudo apt update
sudo apt install kodi

Selepas dari itu, anda boleh cari Kodi melalui launcher pada Ubuntu atau melalui start menu pada Linux Mint.

*Buat yang masih berminat dengan Ubuntu Unity (seperti gambar di atas), anda boleh muat turun melalui pautan ini: Ubuntu Unity 7 iso images. Ianya masih giat dibangunkan serta dikemas kini.

“Ada cara tak kalau tak nak guna Terminal?”

Mestilah ada.

1. Pertama sekali anda perlu hidupkan repo universe. Klik sahaja pada kotak di tepi yang bertanda ‘Community-maintained free and open-source software (universe).

2. Kedua, anda klik pada butang ‘Close’. Ubuntu akan kemas kini cache, jadi tunggu sehingga ia selesai.

3. Ketiga, buka Ubuntu Software (Store). Taip Kodi pada bahagian bar cariannya. Hasil carian akan memaparkan Kodi di bawah.

4. Kemudian, klik pada nama Kodi tersebut. Akan terpapar pula seperti di bawah. Klik butang ‘Install’. Mudah bukan?

5. Tunggu sehingga pemasangan selesai.

A regular tech blogger who have passions for cats.

Cara Pasang Kodi 18.1 ‘Leia’ Pada Ubuntu Atau Linux Mint

You might also like