Cara Memuat Turun Video Dari Netflix Dengan Mudah

Saya percaya, ramai antara anda yang teringin hendak muat turun video dari Netflix. Jika video dari YouTube, ia dapat dimuat turun dengan mudah menggunakan Internet Download Manager (IDM). Tetapi laman penstriman seperti Netflix memerlukan satu aplikasi khas kerana pautan strimnya dilindungi oleh DRM.

Satu aplikasi yang bernama FlixGrab (ada beza dengan FlixGrab+ ya), dibangunkan oleh FreeGrabApp Team, mampu melaksanakan tugas tersebut dengan berkesan.

Ia membolehkan pengguna untuk muat turun keseluruhan siri Netflix, rancangan televisyen kegemaran anda, dokumentari, filem-filem dan apa sahaja video yang ada pada Netflix menggunakan enjin strim-berbilang FreeGrabApp.

Sama seperti matlamatnya apabila anda muat turun video dari YouTube, anda akan dapat menonton video dari Netflix tanpa menggunakan rangkaian internet (offline). Ia juga tidak akan menggunakan ‘kuota skrin’ akaun anda, oleh itu anda dapat muat turun tanpa sebarang limitasi.

Pra-syarat Menggunakan Aplikasi FlixGrab:

1. Akaun Netflix.
2. Aplikasi FlixGrab.
3. Internet semestinya.

1. Pertama sekali, anda perlu muat turun aplikasi FlixGrab dari laman web rasminya di sini: FlixGrab

Kemudian, anda log masuk ke laman Netflix dengan kata nama pengguna dan kata laluan akaun anda. Ini bertujuan bagi mendapatkan pautan video yang dikehendaki.

2. Setelah itu, pasang aplikasi FlixGrab hingga selesai.

3. Salin pautan video yang anda mahu muat turun.

4. Buka aplikasi FlixGrab, dan klik pada butang ‘Paste’.

5. Aplikasi ini akan menganalisa terlebih dahulu video, bagi mendapatkan pautan strimnya.

6. Seterusnya, apabila ia telah selesai menganalisa, akan terdapat logo muat turun di tengah-tengah video. Klik pada butang tersebut.

7. Aplikasi FlixGrab akan muat turun video, mengikut kepada ‘kelayakan’ akaun anda, dan apa yang ia dapat ‘baca’ dari pautan tersebut.

Apa maksudnya?

Contohnya begini, saya menggunakan versi percuma FlixGrab, jadi ia akan mengehadkan resolusi video kepada SD sahaja. Jika anda menggunakan versi berbayar (langganan tahunan), ia akan memberikan kebebasan kepada anda untuk muat turun dengan resolusi apa pun.

Percubaan pertama saya, saya hanya mendapat fail bersaiz sekitar 73MB sahaja. Tidak pasti apakah resolusinya, tetapi yang pasti ia tersangatlah buruk.

Kemudian saya mencuba sekali lagi. Kali ini, mungkin disebabkan kelajuan internet sudah bertambah baik, saya dapat muat turun video beresolusi 480p. Saiznya pula sudah meningkat kepada 280MB.

8. Selesai. Sekarang apa yang anda perlu buat hanyalah tunggu sehingga ia habis dimuat turun.

Sejujurnya, bagi anda yang tidak gemar membayar untuk sesuatu, versi percumanya sudah cukup jika anda tidak kisah menonton video dengan resolusi berdefinisi standard (SD).

Bagaimanapun, jika anda ingin membuang limitasi aplikasi percuma bagi mendapatkan video beresolusi definisi tinggi (HD), anda perlulah membeli lesennya (sama seperti anda membeli lesen IDM) yang berharga lebih kurang RM53.

Lesen tersebut adalah sah untuk setahun.

Pada pendapat saya, jika anda menjalankan laman web lanun seperti YTS (errr, boleh kan saya bagi pendapat tentang perkara ini?), memang sangat sesuai anda beli lesennya.

Di mana lagi anda boleh dapatkan perisian atau aplikasi yang membolehkan anda ‘rip’ video dan menjadi versi web-dl semudah a,b,c?

Bukan saya hendak mempromosikan sangat pun, cuma aplikasi yang boleh muat turun dari laman yang dilindungi oleh DRM ini jarang-jarang ada. Apabila sekali dia ada, selalu pula diganggu oleh ‘copyright trolls’ yang menyebabkan pembangunnya tersekat.

Apa lagi faedah yang anda boleh dapat sekiranya melanggan?

Selain muat turun versi definisi tinggi penuh, anda juga boleh tentukan sendiri kualiti video, audio, bahasa apa yang akan digunakan dalam video, serta kebolehan untuk muat turun sarikata.

Ya, sayangnya versi percuma tiada kebolehan itu.

Berikut pula adalah tangkap layar setelah selesai ia muat turun video.

Anda dapat lihat saiz akhirnya menjadi 317MB. Di kotak tersebut ada logo fail, yang mana apabila diklik akan membawa anda kepada direktori tempat fail video tersebut disimpan.

Gambar di bawah adalah bukti video tersebut saya mainkan dengan bantuan MPC-HC. Dengan resolusi 480p, bolehlah dikatakan saya berpuas hati hasil yang telah saya perolehi melalui aplikasi ini.

Sekian sahaja penyampaian saya. Diharapnya agar anda dapat berhibur dengan apa yang saya kongsikan pada kali ini.

Sekali lagi pautan bagi muat turun adalah di sini: FlixGrab

Jangan lupa kongsikan artikel dengan semua rakan-rakan anda.

Cara Memuat Turun Video Dari Netflix Dengan Mudah

Previous Post
How to Come Up With Blog Ideas
Next Post
Strim YouTube Menggunakan MPC-HC

Related Posts

Loading...
Menu