Algoritma Terbaru Google Membolehkan Saiz Fail JPEG Dikurangkan 35%

Internet

Google merupakan salah satu syarikat internet yang memfokuskan kepada mengurangkan masa sesuatu web dimuat-turun pada pelayar web. Mereka sebelum ini telah sedia hadir dengan format gambar WebP, selain turut mempromosikan pembangunan web yang dioptimasikan untuk peranti mudah-alih melalui AMP.

Terkini, pihak Google turut dilihat membangunkan sebuah algoritma terbaru dinamakan Guetzli yang mengurangkan saiz fail JPEG sehingga 35%.

Walaupun mengurangkan saiz fail, tetapi ia masih mengekalkan kualiti gambar lebih kurang seperti asalnya. Algoritma terbaru ini lebih kurang seperti beberapa algoritma daripada Google yang membolehkan saiz fail seperti gzip dikurangkan tanpa mengubah format asalnya.

Dengan perkembangan terbaru ini, kita mungkin akan melihat ia lebih diintegrasikan pada pelbagai produk – dan mungkin oleh pembangun lain, memandangkan Google menawarkannya dalam bentuk sumber terbuka. Bagi anda yang merupakan pembangun web, mungkin boleh menyemak Guetzli dalam Github dan mengintegrasikan ia pada pembangunan anda.

Sumber : https://amanz.my/2017133000/

Previous Post
A Guide to Technology Stacks (Infographic)
Next Post
Electronic Signatures with eversign

Related Posts

Menu