Sesi Brainstorming Pembangunan Centre of Excellence (Akademi Inovator Sosial)

Goverment
22

15 Disember 2021- Sesi Brainstorming Pembangunan Centre of Excellence (Akademi Inovator Sosial) telah berlangsung bermula jam 8.30 pagi hari ini yang dianjurkan oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) secara fizikal di Bilik Mesyuarat Cengal, Hotel Eastin, Pulau Pinang.

Hadir dalam sesi ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Puan Sharmila Mohamed Salleh; Ketua Pegawai Operasi (Program), Encik Rozaidi Abd Rahman; Pengurus Divisyen Khidmat Pengurusan, Encik Ahmad Mukram Mohamed dan Pengurus Inovasi Sosial, Puan Fadzlina Mahamad Razi.

Hadir sebagai fasilitator bagi sesi ini adalah Encik Salahuddin Bin Deraman (Akademi Minda Usahawan). Turut hadir sebagai panel adalah Dr. Md Fauzi bin Md Ismail (Pendaftar, Lembaga Teknologis Malaysia), Encik Adnan Bin Ismail (Timbalan Pengarah Latihan, Institut Latihan Perindustrian Perai), Dato’ Dr. Ahmad Ramzi Bin Dato’ Zubir (Ketua Pegawai Eksekutif, Planet Mahir), Puan Nor Raihan Binti Che Hasan (Pegawai Sains, MOSTI) dan Puan Nurhayati Binti Niaz Ahmad (Timbalan Pengarah, Jabatan Pembangunan Kemahiran).

Tujuan sesi ini diadakan adalah untuk berkongsi idea, kepakaran dan pengalaman serta bertukar-tukar pandangan bagi membina kerangka awal dalam pembangunan Akademi Inovator Sosial YIM.

https://www.yim.my/en/2022/01/sesi-brainstorming-pembangunan-centre-of-excellence-akademi-inovator-sosial/

You might also like

Menu