Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2017

Events

28 April – 7 May 2017 at PWTC
Masa : Isnin – Khamis (10 pagi – 7 malam) | Jumaat – Ahad & Cuti Umum (10 pagi – 9 malam)

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) pada 28 April hingga 7 Mei bakal menyaksikan buat pertama kalinya perhimpunan 1,000 penulis dari seluruh Asia Tenggara.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohammad Yusof berkata, kehadiran penulis itu akan memeriahkan lagi pesta tersebut sekali gus me­ningkatkan jumlah pengunjung.

Katanya, seramai 2.5 juta orang dijangka mengunjungi PBAKL 2017 yang dianjurkan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) tersebut, berban­ding seramai dua juta yang me­ngunjungi PBAKL 2016.

“Penambahan pengunjung itu adalah kerana buat pertama kalinya kita akan mengadakan Perhimpunan Penulis Asia Tenggara yang melibatkan hampir 1,000 penulis,” katanya selepas merasmikan Prapelancaran dan Jualan Gerai PBAKL 2017 di sini hari ini.

Khair yang juga Pengerusi MBKM berkata, sebanyak 11 ruang pameran di sekitar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) termasuk Dewan Merdeka akan dibuka yang boleh menempatkan sebanyak 905 buah gerai pameran berbanding 800 gerai pada tahun ini.

“Seluruh Dewan Tun Razak 4 akan dikhususkan untuk bahagian antarabangsa termasuk dari Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom, Iran dan Mesir,

Menurutnya, berdasarkan kadar tabiat membaca rakyat negara ini meningkat kepada 12 judul buku setahun, PBAKL pasti akan mendapat sambutan baik daripada pengunjung.

“Saya kagum melihatkan begitu ramai pengusaha yang terlibat dalam industri buku negara datang untuk menyewa gerai-gerai bagi menjayakan pesta.” (Sumber: Utusan)

Menu