Tiada Rompakan Bank Di Pekan Jasin Seperti Didakwa Melalui Klip Video Yang Tular Di Media Sosial

Announcement, News
89

SEBENARNYA:

Polis menafikan berlaku kejadian rompakan membabitkan sebuah bank di Pekan Jasin, seperti yang tular di Facebook yang dimuat naik oleh sebuah portal.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata beliau yang turut berada di tempat kejadian, menafikan video berdurasi 11 saat yang tular itu adalah kejadian rompakan dan tiada berlaku insiden tembak-menembak seperti disiarkan itu.

Beliau berkata, kejadian sebenarnya adalah pihak polis ketika itu berjaya menahan dan memberkas dua lelaki yang cuba melarikan diri sejauh kira-kira 15 kilometer dari FELDA Bukit Senggeh ke arah Pekan Jasin.

“Sebelum kejadian itu, dua lelaki yang menaiki kereta jenis PROTON Waja berwarna hitam itu dilihat dalam keadaan mencurigakan kerana berhenti di tepi jalan sunyi.

“Pihak polis yang pada ketika itu menjalankan rondaan, mendekati kereta berkenaan, namun pemandu yang berusia 26 tahun yang turut mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah itu terus memecut melarikan diri.”

Bagaimanapun, katanya, kedua-dua suspek berjaya ditahan di Bulatan Rim, di sini dengan bantuan kira-kira 10 anggota polis peronda (MPV) dan trafik, selepas 15 minit aksi kejar-mengejar itu.

SUMBER:

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI


https://sebenarnya.my/tiada-rompakan-bank-di-pekan-jasin-seperti-didakwa-melalui-klip-video-yang-tular-di-media-sosial/

You might also like