Tiada Penculikan Kanak-Kanak Di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson

Announcement, News
3

Polis menafikan kejadian tular di media sosial kononnya kanak-kanak perempuan dilarikan lelaki di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson, 30 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, tiada sebarang laporan diterima berhubung kejadian itu.

“Berita di mana seorang kanak-kanak perempuan dilarikan seorang lelaki Melayu sejauh 3.5 km dan ditinggalkan di hujung pantai adalah tidak benar kerana tiada sebarang laporan polis diterima berhubung kejadian itu.”

Walau bagaimanapun, pada 2.30 petang (30 Ogos 2020), sepasukan polis daripada Balai Polis Teluk Kemang dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dimaklumkan seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun hilang di Pantai Teluk Kemang.

“Kanak-kanak ini ditemui semula pada 3 petang oleh pengusaha bot di kawasan Pantai 2 Teluk Kemang dan diserahkan dengan selamat kepada ibu bapa kanak-kanak ini.

“Kanak-kanak ini dipercayai tersesat dan hilang dari pandangan keluarga mereka disebabkan kesesakan pengunjung yang membanjiri kawasan tersebut ekoran cuti umum.”

Aidi berkata, jarak tempat hilang dan tempat dijumpai oleh pengusaha bot adalah lebih kurang 100 meter dari kawasan ahli keluarganya berkumpul.

SUMBER:

Harian Metro

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI


https://sebenarnya.my/tiada-penculikan-kanak-kanak-di-pantai-teluk-kemang-port-dickson/

You might also like

Menu