Tiada Kejadian Bunuh Berlaku Di Jalan Ulu Jenut, Kuala Krau Di Temerloh

Announcement, News
59

SEBENARNYA:

Tiada kejadian bunuh berlaku di Jalan Ulu Jenut, Kuala Krau di Temerloh, sebaliknya gambar yang tular di media sosial adalah mangsa kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman, berkata dakwaan berlaku kes bunuh mungkin timbul berikutan penemuan sebilah parang di lokasi kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati, parang berkenaan sebenarnya dibawa oleh mangsa, Mohamad Akhbar Abd Manaf, 24,di dalam bakul motosikalnya.

“Mangsa dipercayai dari pekan Kuala Krau pulang ke rumah namun terbabas ke bahu jalan pada jam 9.55 malam dan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.”

SUMBER:

Astro AWANI


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI


https://sebenarnya.my/tiada-kejadian-bunuh-di-jalan-ulu-jenut-kuala-krau-temerloh/

You might also like