Premis Yang Disita Oleh DBKL Masih Tutup

Announcement, News
216

Menurut kenyataan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL):

DBKL ingin merujuk kepada satu ‘posting’ di media sosial yang menyatakan terdapat sebuah premis perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing telah beroperasi semula setelah dikenakan tindakan pada 8 Mei 2020 yang lalu.

Semakan oleh DBKL mendapati premis yang dimaksudkan tersebut sememangnya mematuhi UUK 20 Undang-Undang Kecil Tred, Pelesenan dan Perindustrian (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016. Mengikut UUK ini pekerja warga asing yang mempunyai permit kerja yang sah boleh digajikan oleh pelesen. Semakan juga mendapati premis tersebut berlesen dan dimiliki oleh warganegara.

Tindakan penguatkuasaan yang diambil tempohari adalah ke atas premis yang terletak berhampiran dan masih lagi ditutup sehingga kini.

SUMBER:

Facebook Rasmi DBKL


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI


https://sebenarnya.my/premis-yang-disita-oleh-dbkl-masih-tutup/

You might also like