Peniaga Durian Yang Didakwa 96% Dijangkiti COVID-19 Di Wakaf Tembesu Disahkan Negatif COVID-19

Announcement, News
56

Menurut kenyataan media Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu:

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu ingin merujuk kepada satu kenyataan di aplikasi WhatsApp berkenaan kononnya terdapat seorang peniaga durian di Wakaf Tembesu yang hampir pasti dijangkiti COVID-19 dan telah dimasukkan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Untuk makluman, tiada pesakit COVID-19 yang sedang dirawat di HSNZ pada masa ini. Pihak HSNZ ada menerima seorang pesakit lelaki yang mempunyai gejala Severe Acute Respiratory Infection (SARI) pada 20 Jun 2020. Beliau telah diberikan rawatan dan menjalani pelbagai ujian termasuk ujian pengesanan COVID-19. Keputusan ujian PCR bagi COVID-19 yang diperlolehi pada 21 Jun 2020 adalah negatif.

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI


https://sebenarnya.my/peniaga-durian-yang-didakwa-96-dijangkiti-covid-19-di-wakaf-tembesu-disahkan-negatif-covid-19/

You might also like