Pemandu Kereta Sebabkan Kemalangan Di Jalan Ara Kuda, Tasek Gelugor Tidak Memandu Dalam Keadaan Mabuk

Announcement, News
199

Menurut Kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara:

Telah berlaku kemalangan melibatkan sebuah kereta dengan dua buah motosikal di Jalan Ara Kuda pada jam lebih kurang 9.50 malam. Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta yang datang dari arah Kubang Semang, dipercayai telah terbabas ketika mengelak haiwan tidak pasti yang berada di laluannya lalu telah masuk ke laluan bertentangan dan pada masa yang sama kedua-dua penunggang motosikal datang dari arah bertentangan gagal mengelak menyebabkan penunggang motosikal melanggar bahagian tepi kanan hadapan kereta terbabit.

Pihak polis menafikan laporan yang sedang tular di media massa yang mendakwa pemandu motokar tersebut memandu dalam pengaruh alkohol atau mabuk, kerana berdasarkan ujian kandungan alkohol yang dibuat ke atas beliau pada hari kejadian adalah negatif alkohol.

Berkaitan dengan kejadian motokar terbakar pula, pihak polis akan turut membuat siasatan dibawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan khianat dengan api.

SUMBER:

Facebook Rasmi IPD Seberang Perai Utara

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI


https://sebenarnya.my/pemandu-kereta-sebabkan-kemalangan-di-jalan-ara-kuda-tasek-gelugor-tidak-memandu-dalam-keadaan-mabuk/

You might also like