Dakwaan Terdapat Kes Positif COVID-19 Di Pasar Awam Kuala Pilah Dan Mempunyai Kaitan Dengan Kluster Kilang Ayam Di Rembau Adalah Tidak Benar

Announcement, News
5

SEBENARNYA:

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Kuala Pilah, Mohd Faizal Abdul Manap menerusi satu kenyataan, berkata pihaknya menafikan bahawa kes itu membabitkan Pasar Awam Kuala Pilah atau mempunyai kaitan dengan kluster kilang ayam di Pedas, Rambau.

“Bagaimanapun, memang terdapat pertambahan satu kes positif COVID-19 yang telah dinotifikasi ke Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah jam 1.30 tengahari, pada 11 Mei (Isnin) lalu dan ini menjadikan jumlah komulatif positif COVID-19 di daerah ini sebanyak tujuh kes.

“Kes ini adalah seorang lelaki warganegara Malaysia dan ujian saringan COVID-19 telah dijalankan pada 8 Mei (Jumaat) di Seremban sebagai keperluan sebelum memulakan tugas di sektor pembinaan berkenaan.

“Kes telah dimasukkan ke Hospital Rembau untuk pengasingan dan rawatan manakala kontak rapat sudah dikenalpasti dan diberikan perintah kuarantin selama 14 hari.

“Pihak berkaitan sedang menjalankan siasatan untuk mencari punca jangkitan dan sehingga ke hari ini (13 Mei 2020) tiada lagi kes yang membabitkan peniaga Pasar Awam Kuala Pilah.”

SUMBER:

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI


https://sebenarnya.my/dakwaan-terdapat-kes-positif-covid-19-di-pasar-awam-kuala-pilah-dan-mempunyai-kaitan-dengan-kluster-kilang-ayam-di-rembau-adalah-tidak-benar/

You might also like

Menu